Violet Coulson ialah teman wanita
Tunku Abdul Rahman semasa belajar di
Cambridge. Pada tahun
1933, semasa Tunku telah berkahwin dengan
Mariam, Tunku telah membawa Violet Coulson melancong ke
Medan,
Indonesia. Kerabat diraja
Kedah dilarang berkahwin dengan wanita
Inggeris, sebagaimana dengan
Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid yang terpaksa pindah ke
Bangkok dan bekerja di sana dalam bidang ketenteraan. Untuk sebab kerabat diraja Kedah tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Inggeris, sila lihat:
Sejarah Pulau Pinang.Apabila Mariam meninggal dunia kerana demam
malaria di
Kuala Nerang, Tunku segera berkahwin dengan Violet Coulson. Majlis perkahwinan dengan Violet Coulson diadakan di
Geylang Serai,
Singapura dan disaksikan, antara lain
Syed Ahmad al-Sagoff. Lantaran Tunku 'melanggar adat kerabat diraja Kedah', Tunku dipindahkan dari
Kuala Nerang ke
Pulau Langkawi, Kedah. Violet Coulson dibawa ke Pulau Langkawi, satu pulau yang amat mundur ketika itu. Kemudian Tunku dipindahkan
Sungai Petani. Di Sungai Petani, Violet Coulson lebih gemar bercampur gaul dengan isteri-isteri pegawai Inggeris. Dalam satu pertengkaran dengan Tunku pada tahun
1937, Violet mengatakan wanita
Melayu sebagai tidak bertamadun dan bodoh. Atas sebab tersebut dan sebab lain, Tunku naik berang. Akhirnya, mereka bercerai dan Violet pulang ke
England.Pada tahun 1938, Tunku belajar semula bidang undang-undang buat kali ketiga. Tunku berbaik-baik semula dengan Viloet Coulson yang belum diceraikan secara rasmi. Tunku kembali ke Kedah pada tahun
1939 kerana ada ura-ura perang akan meletus di
Eropah. Pengajian undang-undangnya belum tamat,dan beliau hanya menamatkan pengajiannya pada tahun 1949.